Thursday, March 5, 2020

Bengkel Pengurusan dan Kepemimpinan Instruksional



Nama fasilitator            :    Dr. Tai Lay Keng , Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru
                                           Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

Nama Kursus/Bengkel:    Pengurusan dan Kepemimpinan Instruksional
                                         (Perancangan Strategik Peningkatan Akademik)

Kumpulan Sasaran        :   MLT-PK dan Ketua Panitia subjek UPSR
Tempat                          :   SJKC Kuala Ketil, Sungai Petani
 Tarikh                           :   1/3/2020 -3/3/2020

Sinopsis Kursus            : 

Bengkel ini berfokus kepada asas Pengurusan dan Kepemimpinan Instruksional di sekolah rendah. Ketua Panitia (KP) telah didedahkan kepada konsep asas pengurusan dan kepemimpinan Instruksional yang melibatkan peranan, strategi dan amalan terbaik Kepemimpinan Instruksional KP di sekolah. Perkongsian ilmu dan aktiviti perbengkelan dapat membantu peserta kursus untuk mengaplikasikan kemahiran Pengurusan dan Kepemimpinan Instruksional mengikut konteks sekolah masing-masing. Isu dan cabaran yang dihadapi oleh MLT telah dibincangkan dan seterusnya menjana strategi bersama dengan fasilitator/mentor untuk meningkatkan prestasi murid dengan menyediakan Perancangan Strategik Peningkatan Akademik.

Objektif Kursus        :

Pada akhir kursus ini peserta dapat:


  1. Menjelaskan konsep asas konsep asas pengurusan dan kepemimpinan Instruksional yang melibatkan peranan, strategi dan amalan terbaik Kepemimpinan Instruksional KP di sekolah.
  2. Membincangkan Isu dan cabaran yang dihadapi oleh MLT mengikut konteks sekolah.
  3. Menjana strategi untuk meningkatkan prestasi murid dengan menyediakan Perancangan Strategik Peningkatan Akademik.
  4. Melaksanakan Pelan Tindakan Peningkatan Akademik di sekolah.


Pelaksanaan Kursus : Perbincangan Bersemuka, bengkel, persembahan elektronik dan video

Kaedah Pentaksiran  : Pembentangan (Perkongsian Perancangan Strategik Peningkatan Akademik Panitia) / Kajian Keberkesanan Kursus)


Share:

Takwim

Artikel Pilihan

Tag

Arkib